Saturday, November 28, 2009

Home Recording-Amplitube2 + SIR2 (Chapter 1)


Baru-baru ni waktu aku busan kt rumah, aku contactlah member aku suh dtg rumah wat recording. Sebenarnya dah lama aku x rekod merekod ni. Disebabkan GDI 21 aku rusak, terus xda nafsu nak rekod. Tapi aku teringat nak guna virtual amp yang aku ada. So kali ni aku nak review pasal mixing test yang aku buat gunakan amplitube.

On kan pc, aku explore dalam hdd aku, nak tgk vst guitar ape yg aku ada. Ummm..ada Amplitube, Amplitube 2, Guitar Rig 3 & Guitar Combos...

Amplitube & Guitar Combos aku dah penah guna sebelum nie. Skang aku nak try Guitar Rig3..Dengan slumber aku install GR3 ni..sampai mase install driver controller, error plak dah.Haish..awat plak ni. Tak kan xsapot Vista 64 kot. Dah malas nak pikir2, aku terus install Amplitube 2...Amplitube 2 ni pon aku dah guna sblm ni, tapi tak proper lah. Main hentam je guna. Lagi 1, kali ni aku nak gunakan dengan one of audio tools,  SIR2 (Super Impulse Reverb)..nak tgk camne sound amplitube ni bila guna dengan SIR2.

Bila member aku sampai, aku terus settingkan guitar, plug in ke pc, dan on kan amplitube pada FL studio. Owh, wat pengetahuan korang, aku gunakan guitar Ibanez Gio untuk project ni..guitar ni dah ada rusak & sumbang sket..hehe.

Orite..pas siap setup guitar>pc, aku suh member aku hentam sebarang lagu. Aku plak nak setting Amplitube ngan SIR2..nak cari sound yang ok. Disebabkan aku tak berapa familiar dengan setting yang ada kat SIR ni, terkebil2 gak nak faham. Untuk sound yang pertama ni, aku just guna preset yang ada pada Amplitube, iaitu Power Rhythm. Aku add preset nie pada dua2 amplitube di 2 insert channel yang berlainan. So aku siap2 pan kiri dan pan kanan. Untuk pan kanan, aku set kan delay pada insert channel (guitar 2) sebanyak 20ms. Sbb ape? Untuk separatekan bunyi guitar kiri dan kanan coz sound yang dihasilkan adalah stereo. FL tidak sapot mono function. 

Untuk setting SIR2 plak, aku jugak gunakan preset yg dah ada. SIR ni, die ada banyak preset more to reverb. So  skang aku nak guna reverb / impulses untuk guitar. Tapi sebelum tuh, aku awal2 dah dapatkan dulu guitar impulses daripada member aku. Ngeh2..Untuk ni aku gunakan Guitar Cab Impulse Responses > AES_24_192sfiPack3. Ada 2 jenis volume gain pada SIR2; Dry & Wet. Aku set kan gain Dry pada -60.0dB dan Wet 2.3dB. Lain2 aku tak usik dah.

Then aku mulakan proses recording. DAW aku gunakan FL 8, untuk drums plak of coz gunakan my feveret Drumkit From Hell EZX, expansion untuk EZDrummer. (lain post aku explain).  Aku applykan Broomstick Bass as my bass sound. Untuk test mix ni, tempo nya adalah 160BPM. Aku bagi can member aku practice dulu follow metronome. Mase member ni tgh syok main guitar & record, aku shootlah video guna Cybershit aku ni as simple review ;p

Sorry for low quality vid...T_T


Habis proses merekod aku terus ke step mixing lor..untuk proses nie kena gabungkan semua instrument dalam FL macam Drums, Bass, Synth, Piano, etc dengan sound guitar yang kita record tadi. Sbb tuh penting bagi aku kena record sound guitar yang ok, balanced, noise / hiss yang sedikit supaya xda masalah mase mixing & easy to blend. One more thing, ini 1st time aku gunakan SIR2 + amplitube2 and the output mungkin tak berapa best lah.

Grooves untuk drums aku just gunakan yg ada pada EZX. Malas nak pening2 buat grooves sendiri. Nama pon test kan.hahahe..mixing ni aku buat dengan cepat coz tak banyak melodi & instrument nak kena bubuh. Siap tuh, aku terus export ke WAVE file sbb nak siap2 ke final step iaitu audio mastering. Untuk mastering, aku gunakan plug in / standalone T-Racks3 daripada IK Multimedia. Aku EQ'ing sket, tweak die punye volume, compressor, tengok gain sama ada peak atau tak, and selesai! hehe..cepatnye..

Dan ini the final one yang dah siap untuk Test Mix - Amplitube2 (chapter 1)

Karang aku nak test2 bermain dengan cabinet, amp yang ada kat amplitube 2..Adios!

0 comments: