Thursday, December 10, 2009

Test Mix - Toneport GX

Salam, Kali ini aku nak cuba mix lagu guna kan gadget yang baru member aku beli, iaitu Line 6 Toneport GX. Produk daripada Line 6 ini ada 5 jenis dalam family Toneport;
  • POD Studio GX
  • POD Studio UX1
  • POD Studio UX2
  • POD Studio KB37
  • Toneport UX8
Member aku beli 2nd, tapi masih baru lagi lah sbb owner asal salah beli. Dia igt benda ni bleh lah bwk g jamming. Rupenye tak. Ape ke sengal mamat tuh. Gadget ni lebih berupa Audio Interface (USB) kepada instrument spt Guitar Electric yang disambungkan ke pc / laptop untuk recording dengan menggunakan Virtual Amp spt Amplitube, Guitar Rig atau daripada Line 6 sendiri, Pod Farm. Selain kita gunakan soundcard as interface, kita boleh lah gunakan Toneport ni. Senang je nak connect. Just plug in USB je ke toneport ni. Install driver, dah bleh record. Tapi untuk kes aku, ada masalah sket bila nak install Free Software untuk Toneport ni mcm POD Farm & Gearbox coz aku guna Vista 64. Cuma installation untuk driver xda masalah.

Lepas abis installation, pada GX ni ada satu LED button kaler merah bertukar hijau menunjukkan Toneport ni dah synchronize dengan pc. Pada GX ni gak ada master volume knob untuk control volume, 1/4 inch input untuk cucuk guitar & 1/8 inch stereo headphone / line output. Aku sambung jack cable pada guitar aku ke GX, dan aku load FL8 + Amplitube 2.

So 1st impression bila dgr output sound dari GX ni, aku dgr macam more dry & low mid sound. Latency untuk GX ni jugak tak sebaik yg aku jangka kan coz xda beza bila gunakan Asio dengan Toneport driver. Then aku teruskan dengan recording untuk dapatkan hasil bila mixing. Member aku pon bedal je main guitar lagu ape pon xtau, just untuk try mix. Aku gunakan preset Amplitube yang aku selalu guna, tapi bila dengan GX ni, macam tak matching. Terpaksa lah aku load preset yang lain, modify pada EQ, Cabinet & add sedikit Reverb & delay. Macam ok, macam tak.Hahaha. Sampai la ni aku belom betul2 dapat setup yang betul untuk GX ni sbb member aku dah bwk balik. Karang baru aku pinjam lagi. Tapi aku dapatlah record sket untuk test & review. Later baru aku upload kat sini.

Vid mase proses recording...Saje suka.

0 comments: